Ni adalah tempahan dari Noraidah juga. Tema dia rumput dan ditaburi oleh bunga2. Tak taulah jadi tak rumpur. Asal nampak hijau jer. Lain kali akak akan tambah baja kat rumput akak supaya lebih menjadi.
Ni pulak tempahan dari Noraidah sempena anak buah dia kenduri. Dia nak bunga ros. Sorilah Noraidah kalau bunga ros ni tak sama besar saiz dia. Maklumlah pokok dr baka yg berlainan. Dia minta isi dalam dorm sbb senang nak agih kepada tetamu.
Ha! Ni tempahan dari Is mewakili adiknya utk kawan perempuan dia. Dia nak tema bunga-bunga. Jadi segala jenis bunga akak letak. Ok tak? Harap adik Is suka dengan bunga-bunga tu.
Ni tempahan dari Is bagi pihak adiknya. Is bg tau kek ni utk kawan lelaki adik dia jd dia minta tema bola sepak. Penat akak lukis bentuk bola tu. Tak taulah jadi bola apa tp bila tunjuk kat dia, dia kata ada rupa bola.