Tuesday, 26 January 2010

Coklat dan Cheese Muffin

Ari ni tiba-tiba teringin nak makan muffin coklat filling cheese. Apa lg mlm jer terus buat dan inilah hasilnya. Rasa dia ok sebab ada rasa coklat dan cheese.

Monday, 25 January 2010

Selamat Hari Jadi Umi




Selamat menyambut Hari Lahir Yg ke..... Lupa lak nak tanya. Umi nak tempah kek tp memandangkan tak ada hadiah nak bagi kat dia, aku bg jerlah kek ni. Lagi pun dah lama tak buat kek dan saja nak try resepi baru. Maaflah Umi kek Umi dijadikan percubaan. Walau macam mana pun Kak Yus Ucapkan Selamat Hari Lahir dan dimurahkan rezeki. Maaflah kalau bunga ros dari ganache tu tak brp lawa. Maklumlah mata dah mengantuk sbb petang td gi sek.

Sunday, 10 January 2010

Barbie Doll


Dah lama teringin nak belajar membuat kek barbie doll dan kebetulan ari tu ada kelas kek barbie doll terus jer mendaftar. Nasib baik dapat cikgu yg faham dengan kekerasan tangan untuk menghasilkan kek ini. Terima kasih diucapkan kepada Chef Ho yg banyak membantu menyiapkan kek ini.

Anyaman Bakul


Ini pulak pertama kali mencuba design anyaman bakul. Tak taulah jadi bakul apa. Kebetulan anak nak makan kek dan dah jemu dengan design biasa jadi tiba-tiba terlintas idea nak buat bakul.

Tempahan Dari Haliza


Setelah lama berehat dari membuat kek, kawan sekolah minta tolong buatkan kek karot sempena Hari Jadi anak dia yang pertama. Dah lama tak buat rasa keras jugak tangan ni nak mencalit warna-warna tu. Nasib baik jadi. Terima kasih kerana sudi menempah dan mempercayai hasil tangan akak ya Haliza.