Thursday, 18 November 2010

Coklat Oreo


Ini pula tempahan coklat oreo oleh Zabrina. Dia meminta 150 pada mulanya tapi telah ditambah sehingga 300 biji. Nasib baik sempat siap dalam kekalutan menyiapkan marksheet.

Thursday, 11 November 2010

Selamat Hari Jadi Syahid


Ini pula tempahan dari Ayu untuk Syahid sempena hari jadi Syahid. Terima kasih Ayu kerana mempercayai Kak Yus untuk buatkan kek untuk Syahid.

Selamat Hari Jadi Arissa

Selamat Hari Jadi Arissa. Azziah minta buatkan kek untuk hari jadi anak dia. Kalau ikutkan hati malas nak terima tempahan dari dia sebab sibuk sesangat tapi biasalah tak sampai hati nak hampakan permintaan kawan.

Sunday, 7 November 2010

Selamat Hari Jadi


Selamat Hari Jadi yang ke 54 buat Kak Zah. Semoga panjang umur. Kek ini dihasilkan dengan bantuan Kak Long memandangkan aku tak sihat. Nasib baik sempat siap kek ni.

Friday, 5 November 2010

Selamat Hari Kanak-kanak

Ini pulak dihasilkan lebihan dari adunan kek hari jadi Irfan dan Izzat. Main hentam jer letak icing ni sebab dah dekat pukul 4 pagi. Janji dapat bagi murid-murid 4 Pintar rasa kek ni.

Selamat Hari Jadi Irfan dan Izzat



Selamat Hari Jadi buat Irfan. Walaupun hari jadi Izat pada hari Ahad tp aku buatkan majlis dia awal sempena sambutan hari kanak-kanak kat sekolah. Dia orang minta kek padang bola sepak. Puas dok fikir sama ada rumput dia tu nak letak kelapa atau buttercream tp memandangkan anak-anakku ni tidak suka kelapa jadi letak jelah buttercream. Harap mereka suka dengan kek ini.

Tuesday, 2 November 2010

Selamat Hari Jadi



Ni pulak tempahan dari Wan Rohani sempena hari jadi suami dia. Kalau ikut hati memang tak nak terima tetapi lemah lak bila dia merayu dengan alasan malas nak tempah kat kedai sebab nak buat surprise kat suami dia. Apa2 hal maaflah kalau tak sempurna sebab masa terhad. Maklumlah keje banyak akhir2 ni... Semoga berpuas hati dengan hasil keje kak yus. Lain kali kak yus buat lebih elok...