Thursday, 18 November 2010

Coklat Oreo


Ini pula tempahan coklat oreo oleh Zabrina. Dia meminta 150 pada mulanya tapi telah ditambah sehingga 300 biji. Nasib baik sempat siap dalam kekalutan menyiapkan marksheet.

Thursday, 11 November 2010

Selamat Hari Jadi Syahid


Ini pula tempahan dari Ayu untuk Syahid sempena hari jadi Syahid. Terima kasih Ayu kerana mempercayai Kak Yus untuk buatkan kek untuk Syahid.

Selamat Hari Jadi Arissa

Selamat Hari Jadi Arissa. Azziah minta buatkan kek untuk hari jadi anak dia. Kalau ikutkan hati malas nak terima tempahan dari dia sebab sibuk sesangat tapi biasalah tak sampai hati nak hampakan permintaan kawan.

Sunday, 7 November 2010

Selamat Hari Jadi


Selamat Hari Jadi yang ke 54 buat Kak Zah. Semoga panjang umur. Kek ini dihasilkan dengan bantuan Kak Long memandangkan aku tak sihat. Nasib baik sempat siap kek ni.

Friday, 5 November 2010

Selamat Hari Kanak-kanak

Ini pulak dihasilkan lebihan dari adunan kek hari jadi Irfan dan Izzat. Main hentam jer letak icing ni sebab dah dekat pukul 4 pagi. Janji dapat bagi murid-murid 4 Pintar rasa kek ni.

Selamat Hari Jadi Irfan dan Izzat



Selamat Hari Jadi buat Irfan. Walaupun hari jadi Izat pada hari Ahad tp aku buatkan majlis dia awal sempena sambutan hari kanak-kanak kat sekolah. Dia orang minta kek padang bola sepak. Puas dok fikir sama ada rumput dia tu nak letak kelapa atau buttercream tp memandangkan anak-anakku ni tidak suka kelapa jadi letak jelah buttercream. Harap mereka suka dengan kek ini.

Tuesday, 2 November 2010

Selamat Hari Jadi



Ni pulak tempahan dari Wan Rohani sempena hari jadi suami dia. Kalau ikut hati memang tak nak terima tetapi lemah lak bila dia merayu dengan alasan malas nak tempah kat kedai sebab nak buat surprise kat suami dia. Apa2 hal maaflah kalau tak sempurna sebab masa terhad. Maklumlah keje banyak akhir2 ni... Semoga berpuas hati dengan hasil keje kak yus. Lain kali kak yus buat lebih elok...

Monday, 11 October 2010

Selamat Hari Jadi


Terima kasih buat Sue yang telah membuat tempahan kek coklat edible sempena hari jadi anak nya. Dia minta gambar ultraman ttp tak ada stok. Terpaksa tukar kepada transformer. Harap Amirul suka kek ni.

Sunday, 3 October 2010

Selamat Hari Jadi Marlizah

Ini pula permintaan dari Marlizah sempena hari jadi dia. Maaflah Marli sbb bunga dia tak berapa jadi. Maklumlah nak cepat jadi tak sempat tunggu ganache keras.

Selamat Hari Jadi






Ini pula tempahan dari E tetapi aku hadiahkan kek ni utk Qistina.... Selamat Hari Jadi buat Qistina dan Abang Dir. Semoga panjang umur dan murah rezeki...

Saturday, 25 September 2010

Tempahan Pertunangan Dari Wan



Tempahan coklat oreo untuk pertunangan anak sedara Wann

Tempahan Coklat dari Mieza




Tempahan coklat rose, lollichoc dan coklat oreo edible dari Mieza sempena Hari Raya Aidil Fitri...

Tempahan coklat dari Sue





Tempahan coklat rose dan lollichoc dari Sue sempena Hari Raya Aidil Fitri...

Hari Jadi Kak Ngah



Selamat Menyambut Hari Lahir Yang Ke 12. Semoga berjaya di dalam peperiksaan UPSR...

Thursday, 3 June 2010

Lollichoc

Tempahan dari kawan k.long. Winnie the pooh dgn smiley..

Choc Box



Antara choc box yg dihasilkan. Tema kuning dan biru. Di dalam choc box tu terdapat 3 biji coklat praline yg berbentuk bunga.

Selamat Hari Jadi

Selamat Hari Jadi Buat Suami ku. Semoga panjang umur dan murah rezeki...

Wednesday, 26 May 2010

Lolichoc Pooh

Ni pulak lolichoc Pooh tempahan dari kawan kak long

Chocolate Box Love - Small






Ni special gift utk Isma sempena Hari Jadi beliau.

Saturday, 22 May 2010

Choc oreo

Ni pulak koleksi choc oreo....

Lolichoc

Ni antara lolichoc yang telah dibuat...

Tempahan Cup Cake Dari Umi


Umi minta tolong buatkan cup cake sempena Hari Guru Tadika anak dia. Dia minta tulisan tapi nampak kosong jadi biasalah tambah apa yang patut. Semoga berpuas hati.

Tuesday, 11 May 2010

Tempahan Untuk Hari Ibu oleh Kawan Kak Long


Ini pulak tempahan dari kawan kak long Puteri sempena Hari Ibu. Kak Long yang siapkan tempahan ni.

Tuesday, 4 May 2010

Chocolate


Ini adalah hasil tangan k.long dan mak cikku yg tgh belajar mewarna coklat.

Thursday, 22 April 2010

Belajar Buat Coklat


Ini pulak coklat pertama yg aku buat semasa belajar kat Hanum Bakery tempohari. Warna yg aku calitkan agak comot sikit. Maklumlah first time buat. Harap2 lepas ni aku boleh buat sempena hari jadi anak2 menggantikan cup cake yg biasa diberi kepada kawan2 mereka.

Tempahan Dari Kawan Siti

Ini pulak tempahan dari kawan Siti. Lupa lak nak tanya nama kakak tu..

Tempahan Cup cake dari Is




Terima kasih Is kerana sudi tempah cup cakes untuk Hari Jadi Bijoi. Is minta edible image gambar Ben10 dan Upin Ipin.

Sunday, 21 March 2010

Selamat Bertunang Adik


Selamat Bertunang khas buat adik. Adik minta tolong buatkan kek anyaman bakul berbunga penuh. Adik minta kek warna maroon tp tak jadi maroon tp ada iras2. Rasanya dah ada bentuk bakul. Tahniah sekali lagi dari Kak Niza. Dia

Saturday, 27 February 2010

Selamat Betunang Lan dan Sha


Selamat bertunang akak ucapkan kepada Lan dan Sha yang telah diadakan pada 15 Feb 2010 hari tu. Ni ialah kek sebelah pihak lelaki.


Ni ialah kek sebelah pihak perempuan. Sha minta tema gold tapi tak taulah jadi warna apa.

Tuesday, 26 January 2010

Coklat dan Cheese Muffin

Ari ni tiba-tiba teringin nak makan muffin coklat filling cheese. Apa lg mlm jer terus buat dan inilah hasilnya. Rasa dia ok sebab ada rasa coklat dan cheese.

Monday, 25 January 2010

Selamat Hari Jadi Umi




Selamat menyambut Hari Lahir Yg ke..... Lupa lak nak tanya. Umi nak tempah kek tp memandangkan tak ada hadiah nak bagi kat dia, aku bg jerlah kek ni. Lagi pun dah lama tak buat kek dan saja nak try resepi baru. Maaflah Umi kek Umi dijadikan percubaan. Walau macam mana pun Kak Yus Ucapkan Selamat Hari Lahir dan dimurahkan rezeki. Maaflah kalau bunga ros dari ganache tu tak brp lawa. Maklumlah mata dah mengantuk sbb petang td gi sek.

Sunday, 10 January 2010

Barbie Doll


Dah lama teringin nak belajar membuat kek barbie doll dan kebetulan ari tu ada kelas kek barbie doll terus jer mendaftar. Nasib baik dapat cikgu yg faham dengan kekerasan tangan untuk menghasilkan kek ini. Terima kasih diucapkan kepada Chef Ho yg banyak membantu menyiapkan kek ini.