Friday, 4 December 2009

Hari Jadi Irfan dan Izzat

Ni pulak kek hari jadi anak ku Izzat yg ke 6 thn pd 7.11.2009. Dia tak nak Ben 10 tp nak gambar teddy bear. Rasanya dah ada iras2 teddy bear. Semoga terus berjaya dalam pelajaran.


Ini kek hari jadi anak ku Irfan sempena yg ke 8 thn pada 4.11.2009. Dia nak gambar Ben 10 jd aku lukiskan gambar tersebut. Bila bawa gi sekolah kawan2 dia cam tu Ben 10. Kira oklah tu. Selamat Hari Jadi. Semoga menjadi insan yg berguna.

Thursday, 3 December 2009

Tempahan Dari Kak Lela


Terima kasih Kak Lela kerana membuat tempahan utk Hari Jadi suami dan anak dia. Dia minta tema biru sebab suami dia suka warna biru. Tp sengaja yus dengki letak keliling bunga merah dan kuning spy lebih ceria tp adalah 3 kuntum bunga kecik warna biru. Kak Lela minta kek coklat sbb anak2 dia suka kek coklat.

Tempahan Dari Wan


Wan telah minta buatkan kek karot utk hari jadi suami dia. First time buat kek besar utk tempahan tp dah bg tau Wan awal2 kalau tak jd jgn marah. Dia minta bunga ros pink 3 kuntum kat tepi dan dilelilingi oleh ros kecik warna merah dan kuning. Bila dah siap terus tunggu komen dari dia, alhamdulillah bila Wan kata ok dan rasanya pun ok. Lain kali bolehlah tempah lagi ya Wan.

Tempahan Dari Kawan Fizi



Ini pulak tempahan dari kawan adik. Ingatkan bila dah balik kampung dah bercuti dari aktiviti membuat kek. Tapi kesian lak kat kawan adik sbb tak ada yg sudi terima tempahan untuk jamuan aqiqah anak dia, jadi buatkanlah utk dia. Dia nak botol susu jadi jenuhlah kerah semua kaum kerabat membuat botol susu tersebut. Maaflah dik, macam2 saiz lak botol susu tu. Walau bagaimana pun masih tetap nampak macam botol susu. Terima kasih di atas tempahan mengejut tu.